Khamis, 1 September 2016

Hidupku

Datang tanpa diundang--
Dijemput tanpa diarah--

Tidak ku faham apa kemahuanmu--
Keluarga yang hidupnya bahagia
Kini,
Menjadi tidak aman.

Setiap Syawal tiba,
Permataku itu sudah tidak gembira--
Tidak gembira seperti dulu lagi .
Hanya duka yang diceritakan.

Hanya tuhan yang tahu--
Apa kesudahan hidupku.

Tidak ku pinta--
Tapi inilah takdirnya.

Untukmu

Hari ini,
Kau akan pergi.
Pergi menunaikan cita-citamu.

Aku disini hanya menunggumu.
Sentiasa merinduimu.
Baliklah dengan kejayaanmu.

Jangan lupa aku disini.
Jangan lupa untuk kembali.
Kerana masih ada yang menantimu.

Mati!

Pedulikan kata mereka!
Sendiri ada kehidupan
Sendiri ada kesedihan
Sendiri ada kegembiraan

Biar saja mereka berkata
Pedulikan!

Mereka adalah Syaitan yang akan menghancurkan hidupmu.
Mereka MATI!