Isnin, 23 November 2015

Puisi Ogos By Bieyaa

Hari ini
Aku lihat ke luar jendela.
Ada pokok menghiasi sekitar alam.
Pemandangan yang biasa ku lihat.

Hari ini.
Detik ini.
Hati aku bagai kaca yang terhempas ke lantai.
Hati menangis.
Hati perih.
Hati retak.
Tapi aku tetap mengukir senyuman.

Aku tidak boleh mengalah!
Sebab sakit itu hanya sekejap.

#PuisiOgos #PuisiByBieyaa #PuisiLelong

Puisi Sahabat By Bieyaa

Apabila aku menangis,
Dialah orang pertama yang aku dakapi.

Dia memberiku semangat.
Semangat baru.
Semangat yang tidak pernah membuatku mengalah.

Dia selalu membuatku tenang.
Hanya dia yang tau.
Segala tentang aku.

Ada kalanya pergaduhan tercetus,
tapi itu perkara biasa dalam persahabatan.

Aku tak tahu sampai bila persahabatan kami,
Aku tak tahu adakah dia meninggalkan ku?
Atau.. aku yang akan meninggalkannya?
Aku takut.
Takut dia tiada disisi aku lagi.

#PuisiSahabat #PuisiLelong #PuisiBieyaa

Rabu, 18 November 2015

Filem pendek "WAHAM"

Assalamualaikum hey guyssss! 

Hari ni bieyaa nak cerita tentang filem pendek yang dibikin oleh pelajar Cosmopoint Collage. Sepanjang shooting, pelbagai tempat yang kitaorang pergi . Contohnya, University Malaysia Sabah, Bangunan MAA kota kinabalu, Angkasa apartment dan Signal Hills. Banyak pengalaman yang boleh didapat sepanjang pengembaran, cara-cara jahit baju hantu, cara-cara make-up orang luka,orang gila dan lain-lain lagi. Filem pendek ini akan ditayangkan pada Festival Filem di Universiti Malaysia Sabah pada Disember 2015 ini. Bagi yang berminat jom tngok beramai-ramai...



                                                                     
































PLEASE SUPPORT 
BORNEOLOGY PRODUCTION
"WAHAM"