Jumaat, 6 Januari 2017

Hari

Hari ini dengan esok--
Adalah hari yang berbeza

Hari ini kita masih bersama--
Mungkin esok kau atau aku akan pergi

Pergi,
meninggalkan kita
Meninggalkan kenangan
Meninggalkan segalanya

Satu kehidupan yang akan berubah
Dan suasana kehidupan dan hari yang berbeza. 

Khamis, 1 September 2016

Hidupku

Datang tanpa diundang--
Dijemput tanpa diarah--

Tidak ku faham apa kemahuanmu--
Keluarga yang hidupnya bahagia
Kini,
Menjadi tidak aman.

Setiap Syawal tiba,
Permataku itu sudah tidak gembira--
Tidak gembira seperti dulu lagi .
Hanya duka yang diceritakan.

Hanya tuhan yang tahu--
Apa kesudahan hidupku.

Tidak ku pinta--
Tapi inilah takdirnya.

Untukmu

Hari ini,
Kau akan pergi.
Pergi menunaikan cita-citamu.

Aku disini hanya menunggumu.
Sentiasa merinduimu.
Baliklah dengan kejayaanmu.

Jangan lupa aku disini.
Jangan lupa untuk kembali.
Kerana masih ada yang menantimu.

Mati!

Pedulikan kata mereka!
Sendiri ada kehidupan
Sendiri ada kesedihan
Sendiri ada kegembiraan

Biar saja mereka berkata
Pedulikan!

Mereka adalah Syaitan yang akan menghancurkan hidupmu.
Mereka MATI!

Ahad, 17 April 2016

Orentasi Intake Mac 2016 Cosmopoint Collage

Assalamualaikum

Baru-baru ni bieyaa join orentasi untuk student intake baru sebagai AJK , best jugaklah sebab MPM KK1 & MPM KK2 berkerjasama untuk mejalankan program ni.. Yang paling best bila buat aktiviti bersama. Semua intake baru pun sporting habis,dorang join semua aktiviti yang MPM jalankan. Macam aktiviti yang dibuat contohnya, gula-gula dalam tepung, runnningman, sand & straw building and ada 3 lagi taoi x ingat dah haha. Ini jugak dapat mengeratkan silaturahim antara student lama dan student baru dan MPM KK1 & MPM KK2.  















Sabtu, 16 April 2016

Syukur

Diberi nikmat untuk selalu menghadap-Nya
Kesempurnaan hanyalah pinjaman--
Syukur,
Ya Allah kau membuat aku bahagia pabila bersamamu.

Ahad, 7 Februari 2016

Puisi Hati

Andai aku boleh bunuh HATI ini
Akan aku bunuh--
Supaya tak rasa sakit menanggung rindu--
Supaya tak rasa sakit bila ada orang mengkhianati--

Tapi,

HATI telah dikurniakan untuk manusia--
Untuk menjadi raja didalam tubuh manusia.