Khamis, 23 April 2015

Zine

Assalamualaikum & Haii selamat malam..
Malam ni nak ckp pasal zine aku. Mcm mana aku bleh terbitkan zine? First aku tngok dkat kdai buku hipsta sandakan,aku tngok bnyak budak sandakan ni tulis zine hermmm memang hebat jugalah zine dorang tu. Dari start situlah aku cuba berkarya dan menerbitkan zine aku. Zine ni bukan aku jer yg tulis, zine ni juga ditulis oleh bestie aku (Bibiana). Tulis zine ni bukannya senang mengambil masa yg agak lama, kami start ujung  tahun lepas. Zine ni kami tak buat bnyk sbab takut takda orng yg nak. Di hipsta pun kami hanya hantar 5 naskhah jer.. So siapa yg dpt tu untunglah. Zine kami berjenis "Puisi", tak taulah klu ada yg suka pada puisi kami tu hehe harap ada orng suka kanlah. Zine berisi pelbagai tajuk contohnya irresistible,kupukupu,kenangan,engkau,pergi,1902, dan bnyak lagi lah. So sesiapa yg berminat boleh komen entry ni. Harga Zine kami Hanya RM5 jer tak mahal pun.Zine kami bertajuk "IRRESISTIBLE" yang bermaksud "Menawan".







oklah smpai sini jer 
good night :)

Khamis, 16 April 2015

Cara memakai wide shawl(H&M)

Assalamualaikum & selamat malam wahai pembacaku.


Malam ni nak ringankan tangan sikit nak menaip dkat blog. kali ni aku nak cakap pasal cara memakai wide shawl. Wide shawl ni sama jak dgn shawl biasa cuma kelebihannya dia lebih  lebar dan panjang. Ramai gadis-gadis suka gunakan wide shawl ni termasuklah aku hehe. Siapa nak tau cara memakai wide shawl ni aku dah upload kat youtube korang boleh tngok dkat sini jgak. Sorrylah video aku tersekat sikit hehe.





Oklah  ini jer yang aku nak kongsikan malam ni.
wassalam.

Rabu, 8 April 2015

Kebaikan berwudhu

Assalamualaikum & Selamat Malam.
Malam ni aku nak update pasal kebaikan berwudhu.Ini antara kebaikan berwudhu



Mencuci tangan
Telapak tangan manusia adalah bahagian tubuh yang fleksibal dan banyak berinteraksi dengan dunia luar, bersalaman, memegang, menyentuh, memetik jari dan pelbagai perkara yang menyentuh dunia sekeliling. Lebih daripada 70% penyakit-penyakit berjangkit seperti influenza yang disebabkan oleh bakteria, virus atau cacing disebabkan oleh kontaminasi melalui sentuhan tangan. Dalam dunia perubatan, protokol standarad pertama sebelum bekerja adalah mencuci tangan dan membilasnya dengan sabun. Oleh itu tidak hairanlah wuduk dimulakan dengan mencuci kedua belah tapak tangan.

Berkumur
Berkumur melindungi mulut dan tekak daripada jangkitan dan membersihkan gigi daripada sisa makanan. Pada hakikatnya, membersihkan kawasan mulut dapat mencegah risiko jangkitan penyakit. Terdapat tidak kurang dari 100 juta bakteria per milimeter dalam sampel biasa permukaan gigi ataupun kalenjar ludah manusia normal yang sihat. Penyakit di kawasan gigi dan mulut seperti radang gigi atau radang kerongkong (faringitis) dan juga radang pada kawasan pharyng.
Apabila jangkitan itu disebabkan oleh bakteria jenis streptococcus B hemoliticus, racun daripada tindakan imuniti tubuh ke atas bakteria itu dapat merebak ke jantung ataupun ginjal melalui aliran darah. Glomerulonefritis iaitu radang pada ginjal dan myokarditis adalah radang pada otot jantung. Ini adalah komplikasi-komplikasi serius yang mungkin terjadi akibat daripada toksin bakteria streptococcus B hemoliticus. Demikian juga beberapa penyakit tumor pada kawasan maxillofacial atau pipi dan dagu seperti adamantinoma. Kejadian yang berkait rapat dengan oral hygiene iaitu kebersihan mulut.

Membasuh muka
Adalah untuk membersihkan kotoran yang melekat akibat daripada rembesan yang dikeluarkan oleh kelenjar kulit. Ia juga bertindak menghapuskan mikroorganisma. Sisa rembesan ini biasanya mudah menjadi media pertumbuhan dan pembiakan bakteria. Pembasuhan air yang kerap juga dapat melindungi kulit. Terutama kulit wajah daripada kesan-kesan buruk sinar untra ungu matahari. Pendedahan yang terlalu lama pada sinar ultra ungu menekan proses imuniti kulit dan ini antara punca kanser kulit.

Membasuh kedua tangan dan kaki
Perbuatan ini adalah untuk memperkuatkan saluran-saluran darah tangan dan kaki. Dari segi anatomi, saluran darah di hujung-hujung tangan dan kaki ekstremiti iaitu lebih lemah berbanding bahagian lain. Ini kerana tangan dan kaki adalah titik yang paling jauh dengan jantung. Oleh itu, tekanan darah yang dipam dari jantung ke bahagian itu adalah lemah.

Saluran darah di hujung-hujung ekstremiti yang menyempit menganggu pengoksigenan jaringan saluran darah di sekitarnya. Kepada penghidap penyakit beuger, hujung-hujung jari ekstremiti itu menjadi nekrosis iaitu selnya mati kerana gangguan bekalan darah ke bahagian itu. Pembersihan tapak kaki penting bagi mencegah pelbagai jangkitan kuman. Manakala pembersihan tapak tangan memutuskan penghantaran jangkitan penyakit melalui oral kerana tangan yang menyuapkan makanan ke mulut.

Ahad, 5 April 2015

Mistine Egg White Mask

Assalamualaikum & Hai

Hari ni aku nak ckp psal Mistine Egg White Mask. First time aku pkai memang agak lain sikit aku sangka ni bkn mask sebenar. Aku cuba try produk ni memang mask sebenar produk ni melikit  dkat muka. Selepas 20 minit, ia kering  boleh dibuka & ditarik. Time dibuka tu memang rasa geli hahaha smpai aku nak gelak kuat-kuat. Produk ni pun aku dpt dri spupu aku. Dia syorkan dkat aku spya guna produk ni. Aku ada juga check dkt google tentang kelebihan produk ni antaranya :-







Mistine Egg White Mask
Kelebihan Egg White Mask
✔Menanggalkan sel2 kulit mati dengan berkesan
✔Dapat menganjal serta melicinkan kulit
✔Membantu menghilangkan blackhead dan whitehead
✔Memudarkan parut2 halus
✔Mengecilkan pori2 muka
✔Mengecutkan jerawat
✔Mengatasi kesan sunburn pada wajah
✔Menyejukkan dan menenangkan kulit yg stress
✔Mengurangkan masalah kulit berminyak
✔Membantu mencerahkan kulit
✔Sesuai utk semua jenis kulit dan boleh digunakan oleh lelaki dan wanita
Cara pemakaian:
Cuci/basuh muka dengan sabun/cleanser dan keringkan
Sapu mask pada seluruh muka kecuali kawasan mata dan bibir
Biarkan mask kering sekitar 15-30 minit
Pastikan mask betul-betul kering dan kopek mask dari bawah ke atas
Gunakan 2-3 kali seminggu untuk kesan optimum
Kandungan:
Albumen (putih telur), Hydrolyzed Elastin, Collagen

Kenduri lagi :)

Assalamualikum & hai .Hari ni nak update pasal kenduri kahwin abang sepupu. Time kenduri mesti kita akan berkumpul dengan keluarga kita kan tak kisahlah yang dekat ataupun yg jauh. Best jgak klu keduri kendara ni sbab dpt berkumpul dgn saudara mara,pakcik, makcik and sepupu sepapat.Back to the story, abang sepupu aku buat kenduri jak dia tak bsanding pun sbab dia dah bsanding tmpt perempuan. Happy jgak sbab abang spupu dah kahwin ialahkan dapat kakak sepupu ipar baru hehe. Time kenduri tu memang tak ckup tdur eyalah kan kena kemas rumah juga,tolong apa yang patut. Lgipun ndak cukup tdur bukannya apa sbab tdur jam 3 pagi hahaha tulah kalau dah berkumpul dgn cousin yg lain apalagi sibuklah  bercerita pasal peminatlah,tempat bljrlah, dan part pling best "Cerita Pasal  Hantu" . Hahaha apa-apa pun memang best klu jumpa sepupu-sepupu ni. Aku ada gmbr ni jak sbab tak smpt bgmbr dgn cousin lain sbab time ni  sibuk sngat.












Jumaat, 3 April 2015

Pergi

Dulu,
Kau tabur seribu satu janji.
Satunya sampai ke jannah.

Kini ,
Janji hanya di awangan.

Pergi.
hanya duka kau sisip.
Sungguh ini semua hanya drama dunia!