Ahad, 7 Februari 2016

Puisi Hati

Andai aku boleh bunuh HATI ini
Akan aku bunuh--
Supaya tak rasa sakit menanggung rindu--
Supaya tak rasa sakit bila ada orang mengkhianati--

Tapi,

HATI telah dikurniakan untuk manusia--
Untuk menjadi raja didalam tubuh manusia.

Puisi 21E

Masa terlalu tua--
Aku cuba mengenalinya--
Baik sifatnya--
Mungkin itu perwatakannya.

Suka mengajukan soalan "kenapa?"
Hanya rindu yang selalu menyelembulungi hati--
Di alam maya menjadi tempat luahan--

Bila bertemu hanya senyuman dilemparkan,
Kadang segan dibuatnya.

Sabtu, 6 Februari 2016

Time!

Assalamualaikum
 &
Hai wahai pembaca sekalian!

Baru hari ni bieyaa dapat tukar wajah blog bieyaa ni dan ini hasil tangan bieyaa sendiri no fake kayy haha. InsyaAllah kalau bieyaa banyak masa,bieyaa akan selalau update blog bieyaa. kadang-kadang bieyaa tiada masa nak update sebab bieyaa busy dengan assignment dan kena kelas pagi petang.

 Kalau bieyaa ada masa,bieyaa akan update puisi .Bieyaa start mengarang november 2014. Saat-saat nak spm baru nak mengarang hahaha apalah kau ni bieyaa ! dan inilah hobi baru bieyaa.

Bieyaa tak taulah puisi bieyaa ok atau tak sebab bieyaa baca sendiri,kadang rasa pelik ayat tu. Kalau rasa ada yang perlu dibetulkan tolong komen ya sebab bieyaa perlu pendapat korang.












Isnin, 1 Februari 2016

Puisi Sedar


Aku sedar--
Aku datang tak dijemput
Untuk ke hati kau

Tapi

Aku datang membawa sebuah hati--
Hati yang penuh

Mungkin aku tak layak disisi kau
Lebih baik aku undur diri.

Terima Kasih Wahai Si Pemilik Hati
Aku akan pergi.

#PuisiSedar #PuisiBieyaa #PuisiLelong

Hanya Kata

Tapi belum lagi--
Bukan benci lelaki,
Bukan jual mahal

Tapi,
masih keliru
dengan perintah agama dan keinginan hati.

Kalau ikutkan hati memang mahu yang beragama--
Yang boleh bimbing aku yang lemah selalu

atau

aku yang lebih beragama dan
baru cari pasangan?

Cinta memang best
Penuh irama warna warni
Tapi,
Perlu ada kesabaran untuk sampai kasih ke syurga.

Sungguh aku percaya ketentuan maha esa
Jodoh Berdua begitulah takdir

Ya Allah tuhanku,
Pemilik cinta yang agung
Tak henti-henti aku memohon kepada-Mu

Ya Allah,
Jadikanlah cintaku padamu
sebagai suatu yang paling aku cinta.

Jika cinta mampu untuk ku lukiskan,
garisannya penuh dengan pengharapan
sentiasa dalam doaku
menyimpan rasa ingin bertemu
Insan yang masih rahsia
 dan teristimewa

Jika jodohku masih jauh maka dekatkanlah
Jika jodohku masih diam maka gelapkanlah
Dekatkan hati kami dari sebuah "Ikatan"
Keranamu Ya Allah

Aku yakin jika waktunya telah tiba
atas izin-Mu
Kebahagiaan itu pasti aku dapati.



.

Tutorial bawal shawl

assalamualaikum..
kali ni bieyaa nak promote video tutorial baru bieyaa "Tutorial Bawal shawl" tutorial ni special sikit sebab jarang orang gunakan tutorial mcm ni. Caranya senang dan cepat tak membuang masa pun. Bieyaa hanya gunakan tudung bawal biasa,pin tudung dan beberapa peniti. Kalau korang nak tengok dkat youtube just taip channel nama bieyaa "Rabiatul Adawiyah Curtis". sorrylah kalau video ni kabur sikit hehe selamat mnonton :)